top of page

MissyMemoirs: 13 RAMADHAN 1438H

Sannah Helwah to me!! hihik~ Ak dilahirkan pada 13 Ramadhan 1407H. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas sehingga ke hari ini..

THROWBACK.. taken from my another blog. (^^,) , the post entry that I wrote 7 years ago.. Oh masa ni, ak TANAM ANGGUR 3 bulan!!! mereput kt umah. HIHI. but this post entry has been edited based on/as current 'version' gituu~

J o U r N e y ..~

5:01 PM | Labels: memory

Sebelum melihat dunia.. ak menumpang dalam perut mak.. ahh..seronok. mak makan ape,

suma ak rasa..mana mak pegi, ak mesti ikut :p Tapi FOR SURE, ak tak ingat pon. Sebab tak nampak.. hehe. Yang ak tau, setiap hari Isnin - Jumaat, mak akan ke sekolah, menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.

11 May 1987, sewaktu mak sibuk menyediakan juadah berbuka puasa, ak meronta2, dah tak sabar nak keluar lihat dunia. Kesian mak.*sorry* mak berpuasa ketika itu. Mungkin ak juga tak sabar nak berbuka puasa bersama2 mak ayah dan kakak kot.. hehe.. Alhamdulillah. Jam 6.14pm ak selamat dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur- wad baru.. kata mak.

Yang belah kiri tu anak sedara ak tau, Ms Feeya. hihi. Saje je ak compose gambar ni, since kalo ak bawak die keluar dengan ak, ramai dok cakap feeya ni anak ak. Weyyh, ak tak pernah kawen and beranak lagi laaa!! (-.-!) AND bile buat gambar ni baru ak realize. AAH laa. SAMA!! Gambar ori kena scan balik, sebab dah takda dalam simpanan softcopy, so iolls malas!!! Import dari IG sudeyy~ XD

Kemudian, ak tinggal di Gombak, rumah yang ak duduki sekarang. Rumah mak beli ni seusia

denganku. Wahh~ :) Tapi beli atas orang. We're not 1st buyer even ketika itu, rumah ni rumah fasa baru dibuka.

Pejam celik pejam celik.. Ak dah berada di PENANG.. Ak tak ingat langsung cerita perpindahan dari kL-Penang tu.. Mak cakap kitorang satu family move to Penang ketika mak mengandungkan adik.. Which is year 1990. Sebab ayah dapat kerja di sana..

Sebelum tu, tahun 1988, actually kitorang dah bertambah ahli baru, tapi adik2 ku lahir tak cukup bulan. (T_T) Arwah kembar, Muhammad Yusri dan Muhammad Yasir, nama dah siap diberi. I found their Birth Cert! The funny things is, even dorang kembar, tapi masing2 dapat tarikh lahir berbeza, sebab beranak tengah malam. Sorang 17 Nov, sorang 18 Nov. AND Im not sure which one, menurut mak, sorang hidup 3 minggu, sorang hidup sebulan. Semoga kalian berdua tenang dan happy berada di sana, bersama ayah. :) We will reunite soon, InsyaAllah. Doakan kami semua, adik2 syurga ku. I really want to meet and live with you guys there. Hanya Allah yang mengetahui.

Back to the story, yang ak paling ingat sampai sekarang, satu hari, ayah bawak ak dan kakak pegi tengok mak kat Hospital Bayan Lepas.. Masa kitorang datang, mak tengah lunch, and ak tengok ada baby comey berambut trojan sedang lena dibuai mimpi dalam buaian di hujung katil mak.. Ak taktau dia ni sapa. ank sapa la ni..?? *getus hati kecilku.. hihii. Masa tu ak berumur 3 tahun kottt. ak tengok jer die. takder perasaan. tapi excited tak lepas tengok and belek2 die sebab die sangat comeyl! Disebabkan tyme tu saiz ak kecik jer, so, ak terpaksa panjat katil mak nak tengok baby. Bile nurse datang, mak takut2kan ak, suruh turun, nanti nurse marah katanya.. Ciss! Ak tak puas tengok adek ak lagi laa! *serius ak ingat lagi, ak rasa marah dan geram masa tu. hihik~

School ak pegi.. BANYAKK kott! Sejak kecik, ak dan kakak ikut mak pegi mengajar! Caya tak?? HAHA, Sebab kitorang tak suka duduk nurseri or rumah orang. mak ak la citer, drama nanges setiap hari. tu dia pon tak sampai hati nak tinggai*kecik2 dah pandai demand. :p At least, save bajet mak ayah, ye tak? :D Masa zaman sekolah, bile cikgu ak bawak anak2 dorang mai sekolah, mesti ak teringat kenangan macam tu la ak dlu.. So tak heran dah.. HAHA, ak dah rasa dulu saat2 tu. HAHAHAHAH.

Antara moment has been captured, ketika mak bawak ak ke sekolahnya *Sk Titiwangsa 2 kalo xsilap*.

Ak ingat2 lupa, tapi tak silap masa tu mak ajar dorang menari/koir, sumaorg berebut2 nak layan ak dan kakak, Nak dukung, bawak p jalan2..banyak 'instant babysitter'. :D Sume baik2.. I loike! Apa kabar la dorang sekarang.. Mesti dah jadi orang yang berjaya dan beranak pinak. ;)

KAMI STUDENT 'PRA-SCHOOL' ;)

At rumah di Bayan Lepas, Penang. *Ciss! Abes basah pin-a-fore ak kena aiskrim kakak!*

1st formal skool yang ak pegi, Tadika Kemas Bayan Lepas, Penang. :) Yang tak formal, kadang2 ak pegi sekolah yang mak mengajar, SK Bayan Lepas, Penang. Tak pasti kenapa, tapi ak ingat la siap pakai baju sekolah kakak. Pinjam sat! hihi. Ak ingat lagi, satu hari tu, ak pernah dapat 'hadiah' pensel dari 'abang' mana ntah. Budak kelas mak ak mengajar. Die syok kat ak mak kata. HAHAHAHAA. Die siap bungkus satu pensel ni (memang cantik and rare la) untuk bagi kat ak.

After dat, year 1993/94, mak berkeras nak duduk kL semula. Sebab di penang, kami hanya menyewa di rumah panjang 4 pintu, separuh bata dan kayu. And ada la sebab2 lain lagi. Besela kan, ada sesetengah org 'allergic' budak2 comel macam kitorang ni kot. uwerkkk! Mak macam kecik hati la dengan jiran sekeliling. Di kL, mak cakap dah ada rumah sendiri, kat gombak tuu. Jauh lebih

selesa. Then, tinggallah ayah kat Penang sorang2, tapi die stay bersama family adik lelakinya (Arwah mamu Lee) di rumah pusaka mereka di Teluk Kumbar, Penang. Ayah tak ikut sama sebab masa tu, dia sedang bekerja di Airport Bayan Lepas.

Masa kecik2 dulu, transportation utama kitorang untuk berjalan jauh ialah kapal terbang. We're not wealthy. Tapi sebab ayah bekerja dengan MAS, tambang for staff and family jauh lebih murah! Bayangkan.. nak pegi kL juz bayar RM10 jer - MASA TU LAA. *if im not mistaken. (tu harga dewasa, kanak2 mungkin separuh harga. Ntah, tak amik port tyme tu.. hihii) So, watper nak naik bus kan. Dah la lama, tak selesa. Naik flight cuma 45min jer. Siap dpt air oren dan mainan free lagi! :D Yang bestnya, masa nak pindah ke kL itulah, kebetulan, anak murid mak yang jadi flight attendant (stewardess).. Tapi mak cakap tak ingat. Anak murid dia kan ramaiiii. Macam2 sekolah dia dah pegi berkhidmat. The gurl punya la excited jumpa mak. Mase flight dah nak landing, die bagi sorang satu beg untuk kitorang 3 beradek penuhhhhhhh dengan mainan!mainan!mainan! Suma orang tengok jer, especially budak2.. *jeles kot.. nak gak la tuu.. hihii. Mak pon dapat! 1-2 beg penuh dengan makanan dan jus yang sedap2. air kotak Apple, Oren, Mangga. slurrppp. Terima kasey.!!! Tu suma kepunyaan saya juga nanti. hehe. Cheq suka ayaq oren tuu!*hati kecilku bernyanyi riang. Lalala

Us in d plane *tq mummy for took this pics :)*

Darjah 1-2, ak bersekolah di SRK Gombak(2), kL. Agak jauh dari rumah. Sebab mak tak dapat posting di sekolah berdekatan rumah, so die angkut kakak, ak & adik pegi sekolah yang sama die mengajar. Senang nak monitor kott. :p *FYI, kakak ak & adik, memang dah banyak kali masuk darjah 1 *sebab tu exam darjah 1 bagi ak senang macam kacang ngan nyin jer :p sebab mak guru kelas darjah 1 for a several years..~

Sport's Day!

Time ni kena jadi penari 'lelaki', sebab budak laki sebenar kan keras menari. HAHA. ak and kawan2 baik ak sume ni jadi penari 'lelaki' due to our size seem 'bigger' AND 'tough'. uiiittt~ Ayah ak cakap, kenapa tak pandang kamera. Er, masa ni memang nervous tengok orang ramai gila kot, penuh dewan. hikhik

Kat sekolah SK Gombak (2) ni banyak moment mak ak captured. Next school sebab dah besar kot, pandai2 la manage diri. hikhik. Masa tahun ni, tahun terakhir ak sekolah di sini. AND result ak xdapat TOP 3 macam darjah 1 dulu. Mak ak marah gila kot masa ni. errkk.. Die cakap "Oghang p HARI ANUGERAH CEMERLANG untuk amik award, bukan p menari!! really high expectation. Duhh~ (T__T)

Sedikit selingan.. heeee~ Ak memang MINAT GILA baq hang, so IN LOVE with ARTS!! Sebarang jenis seni, eg; melukis, mewarna, menari etc. hikhik~

Masa ni FAMILY DAY MAS Penang. AK dapat Top 10 in this Coloring Contest.

Antara hasil seni ak, and yup banyak lagi perlu diperbaiki. Nowadays, ak kurang gilapkan talent, belom ada mood. hihu~ Karya2 di bawah ni ak simpan sejak dari sekolah rendah.

Lukisan masa zaman sekolah.

Seni masa zaman University. "Do Art" ni, lecturer ak hilangkan!!!! (T_T)

My University life~~

Architecture Course - Design Presentation for Crit Session.

Masa ni berangan abes as ARCHITECT. hikhik

Seni seterusnye.. KAWAD KAKI!!

Marching pon a part of SENI kan. hikhik. I LOVE MARCHING VERY MUCH.

Part yang BESTTTT bile arrange/design formation.!! :)

Masa ni ada competition between squad (ke orang panggil. Ak lupa la terms tentera tu. HAHA.)

Saja nak habaq, batch PLKN ak ramai gak la anak celebrity/famous people; anak Dato Seri Dr. Anwar Ibrahim, Ms. Ilham (my room/ baret mate dat I called her PEAH, hikhik) and Fathia Latiff (masa ni die belum jadi artis), and anak Duta Besar Malaysia di Ireland.

Okay2, back to the my journey story..

Year 1996, mak dapat tukar sekolah di Sk Taman Seri Gombak(1)*former name juz SKTSG*. Ak sekolah kat situ dari darjah 3- 6. Year 1999, ayah bertukar ofis di kL. Alhamdulillah, sebab dengan terbinanya KLIA, ayah kembali tinggal bersama kami. :) Then, bermulah episod, ak bersekolah di sekolah yang mak tak mengajar! Janggal juga rasanya, sebab dulu tak takut nak pegi sekolah, tetibe tyme ni cuak ckit. *ckit je.. hehe.

Form 1-3, ak bersekolah di SMK Hillcrest. Dekat gila dengan rumah. I loike! :) Year 2003, ayh suruh ak duduk ASRAMA macam kakak. Sebab die cakap ak banyak main kat rumah. Ciss!*sbb ak aktif koko, kawad itu ini. Dia kata ak tak fokus belajar. hukhuk So, the next skool ak pegi menimba ilmu ialah SM Teknik Gombak. (bahahahaa. around gombak jugakkk!) Form 4-5, ambik jurusan kejuruteraan awam. *This is why I took architecture course for further study. Continuity study gituu. :p Ak tak minat amik pure civil engineering sebab ak tak bape sangat dengan Math plus kakak dah pon amik kos tu dulu di Uitm Arau, Perlis.. Asek ikut die jerr.. BORING! Kalo nak tau.. klo nak la kan.. :p Dari kecik sampai besaq, apa kakak ak buat, ak kena ikut. Even masuk sekolah teknik ni pon laa, die sekolah kat situ dulu dengan kos yang sama!! hmmph.~

Ak aktif jugak la di zaman persekolahan, dari Primary - Secondary - High School. Alhamduillah, ak selalu berpeluang - digalaskan tanggungjawab beberapa jawatan penting dalam Persatuan, Kelab dan Sukan Tapi bukan atlit tau - stamina ak kureng skit bab ni. Ak just manage jer as in as Naib Pengerusi (sebab kebiasaan bagi lelaki pegang the highest post) and Secretary macam tu. hikhik~

After SPM, abes jer raya-30 syawal, ak dikerah untuk join PLKN. Kalo tak pegi, kena tindakan kata KERAJAAN.. So pegi je la kan.. kawan ak nakai gila, kan nama peserta PLKN ada keluar dalam newspaper, boley plak die siap highlight bagai, tampal dalam kelas dengan wish semuaa.*result kena pegi PLKN dah tau before SPM lg. Ciss cakes! Terima kasey la kerana meng'glemerkn' ak. ;D

Banyak lagi gambar kenangan! :) Tapi malu nak upload sebab most of the pic, kulit mukaku hitam macam orang minyak!*dang Mak ak cakap, nampak gigi jer putih dari jauh. alakkkk maakkk~

Setelah rentung terbakar selama 3 bulan.. Rehat sekejap di rumah- Jadi housewife sepenuh masa sementara tunggu tawaran further study. Mak ak tak bagi ak kerja part time macam kawan2 ak. Masa age macam tu kan pengaruh rakan sebaya sangattt kuat. hikhik. Ak pon teringin la nak keja, tapi mak ak cakap "Mak masih mampu bela hang makan minum. Nak kluaq sekali sekala p mall ka, tengok wayang ka, nanti mak bagi belanja!" Huyoohh. hekhek.

Alhamdulillah, berbekalkn result SPM tak seberapa (hukhuk), ak diterima masuk ke Uitm Seri Iskandar, Perak- in ARCHYTORTURE course. Fuhh.. ak namakan sebegitu sebabbbbbbb - - course ni tough gila! Padan muka ak kan, degil taknak dengar cakap mak ak. Die suruh ak amik course perguruan sebenarnya, macam dia. Tapi ak tak minat. Kan ak minat seni, dah habaq kan!! KAHKAH. After 3 struggling years there, ak di transfer to Uitm Shah Alam plak, untuk menghabiskn baki pengajian lagi setahun. Ak suka sebenarnya. Sebab dekat dengan rumah dan banyak tempat ley pegi shopping. Wee~ XD Alhamdulillah, genap 4 tahun bergelar mahasiswi, ak berjaya menamatkan pengajian mengikut perancangan (i mean grad on time. YAYYYY! ) walaupun hanya dgn result yg biasa2 je. SYUKUR ALHAMDULILLAH. Ok la tu.

*Dont grieve. Its your bad. Sapa suruh tak struggle btui2 :p

Antara batch mate yg grad sama-sama. WEEEEE. the best moment ever!

Seingat ak, ni last kami berlima bergambar bersama sebelum ayah sakit dan meninggalkan kami.

We always miss you ayah! AL FATIHAH.

Setelah puas merantau dari Perak ke Shah Alam *cewah*, Ak kembali tinggal di tanah tumpah darahku *gombak d great*. Ak bekerja di sana sini sinun dalam area Selangor jer.. Dan kini.. ak tertanya2. WHERE the next place i'll go? Dengan siapa ak hidup bersama nanti? *hihii Sampai bila? WHAT/HOW would it be? Segalanya masih dalam rahsia Allah..~ Perjalanan ak masih jauh. Macam2 dugaan dan rintangan yang bakal ak hadapi *itupun jika dipanjangkan usia, insyaAllah.*

Ya Allah.. Thank you for every breath I take for this 30 years.

الحمد لله

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page