MissyMeTour: uMraH 2015 - Journey to MEKAH
Pada 04/01/15, ak berangkat ke Mekah dgn menaiki bas yg disediakan. in total ade 2 bas konvoi sekali, sbb group umrah ak ada seramai 40 org. Kalo amik pakej umrah ziarah (i.e Istanbul-Madinah-Mekah / Japan-Madinah-Mekah / Korea-Madinah-Mekah / Baitulmaqdis-Madina-Mekah etc, ahli group lebih kurang dalam 20 org shj. - based on my mom & lil bro's experience.)
suasana d sekitar highway Madinah - Mekah. Bukit bukau nyer tiada tumbuh-tumbuhan. Ak rs mcm masuk powerplant di mana kiri kanan ade timbunan 'fired-coal'..
Hanya dalam lebih kurang 15 minit perjalanan dr Masjid Nabawi, kami berhenti di Masjid Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ) atau Bir Ali, utk bermiqat (berniat utk menunaikan umrah dan secara lgsg berada dlm ihram.)
Suasana di masjid Bir Ali.
Gambar adek beradek is a must buat tatapan mummy d Malaysia. Kami bermiqat di atas bas ikut sunnah nabi Muhammad sbb baginda bemiqat di atas unta), sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah.
Sambil menuju ke bas, kami pon bertahmid,
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ
"I am present, O Allah, I am present, there is no partner unto You. I am present. Definitely praise and glory is yours (for You). The Kingdom is also Yours. There is no partner for You".
(Mishkat) Prophet Mohammad (S.A.W.) said that if a Muslim recites the talbiya, then the east and the west, his right and left, every tree and cloud on the earth will recite the talbiya.
(Tirmidhi)
Note: On completing Talbiya, make dua to Allah for His pleasure, for Jannah and freedom from Jahannam.
(Hisnul Hasin)
keadaan kami d dalam bas. eheh~
Ada lg dlm 5-7 jam perjalanan utk tiba di Mekah. D awal perjalanan, kami dihiburkan dgn lagu Labbaik allahumma labbaik dan several lagu lain dr abg Fadh, ahli kumpulan Raihan yg turut serta dlm jemaah umrah ni.
Ak xperasan pon, sehingga ustaz Nana habaq dan pggl abg Fadh utk menyanyi. Ank abg Fadh comeyyy sgt!
Hi. Salam dr Madinah. Nama sy Hannah. <3 . Ni gmbr masa di jabal uhud.
Lepas tu, xsilap ak, kitorang berhenti d RnR yg ak xtahu namanya (-.-!). Berhenti utk solat Jamaq Zohor & Asar and makan tgh ari. Makanan dah dipacking siap, dlm perjalanan nk Mekah, ade agent tggu tepi highway, bwk berkotak2 bungkusan makanan & air utk kami.
Ak, adek beradek & jemaah yg lain makan kt area konkrit kuning tu.. ade pulak org jual teh susu unta.. sedap.
Tak rugi cuba. *gmbr google.*
Then sambung perjalanan..
Masa ni, ada kalimah الله (siap sabdu!) muncul di langit di sepanjang highway yg kami tempuhi ini. mmg jelas.
Muttawif, Ustaz Nana yg duduk di kerusi hadapan bas terus mencapai mic.. "Lihat2.. di kiri anda. ada kalimah Allah d langit sana. MasyaAllah."
Perjalanan yg lama dan agak meletihkan. Kami diarahkan /digalakkan/ disunatkan utk bertahmid. Ak pon bertahmid berulang kali sampai letih and tertdoq. hihu. tiba2 muttawif kejutkn pakai mic. "Ok, para haji & hajjah sekalian.. mai bangkit, kita turun makan malam dan bersuci (natured call) bg sapa yg mau."
Ak xingat jugak nama RnR ni. hiuhiu. tp dikatakan tmpt Nabi Muhammad dan sahabat, Abu Bakar berhenti rehat ketika mahu berhijrah ke Madinah. Ceritanya di sini : Ummu Ma'bad dan kambing ajaib.
Kat sini, kitorang makan Nasi Arab yg dikatakan d Best in town. Ak xminat sgt nasi arab, so xtau la best ke tak rs nye. eheh~
Makan dlm satu dulang, style org arab, tp diberi pinggan plak. hiuhiu~
Lps makan, dan solat, kami meneruskan perjalanan ke Mekah. dah nk sampai dah.. huhu~ masa ni rasa mcm xsbr2 nk buat umrah and hmmm opkoz kuar ihram.
|TIPS|
1. Bawak air mineral & tisu basah secukupnya. Kebanyakkan RnR di sini 'kekurangan' air dan agak kotor.
2. Bersabar & bertoleransi dgn keadaan ini yer. Bkn gov Arab Saudi tak bertindak, agak ssh nk kawal perjalanan visitor dr seluruh dunia.
3. Jaga Adab. Jangan merungut. Byk beristighfar. Ini hanya ujian / dugaan kecil.
4. Bawa bahan bacaan untuk mantapkan ilmu ibadah umrah. Boleh isi masa perjalanan yg agak panjang. (bg yg xpening baca dlm kenderaan.)
5. Bawa al-Quran kecil utk isi masa perjalanan yg agak panjang. (bg yg xpening baca dlm kenderaan.)
6. Byk2 berzikir. (bsr sgt2 pahala. - as musafir, dlm perjalanan nk buat ibadah, dan lain2)
7. Jaga PANTANG LARANG IHRAM! #wajib. - se simple benda yg menjadi kebiasaan kesalahan.
Utk Rujukan : Rukun UMRAH
Setibanya di Mekah, Muttawif bg masa setengah jam jer utk letak bag, rehat dan bersuci - "TAPI JANGAN SAMPAI LANGGAR PANTANG IHRAM" pesan Ustaz Nana, tp masa berkumpul di lobby, almost an hour jugak lah baru group ak berjalan ke #MASJIDILHARAM. - teruja gila rs even lmbt dr jadual. (^^,) Masa tu almost 1200am kami tiba di perkarangan Masjidil Haram. Xde la gmbr bagai kn.. dgn letih, rs messy.., dgn berlaku hal2 kecil terjadi smpi Muttawif pening kepala nk handle & nak fokus utk memimpin ibadah lagi. Lps settle aturkan itu ini, kami pon menuju ke dataran mataf (tmpt bertawaf) sambil dipimpin oleh Ustaz Nana & assisted by Ustaz Fadh & several jemaah (as a volunteer utk mengepung & menjaga safety jemaah wanita). SubhanAllah. mata ak xberkedip tgk Baitullah dpn mata. selalu nya dok tgk dlm tv & atas sejadah jer kan.. kali ni #REAL.
Alhamdulillah. Thanx Allah atas kesempatan dan peluang ini.
Baitullah.
Ni ak amik pd hari ke 2 kot. dari mataf tingkat 1. (ruang tawaf sementara construction siap). Ramai kan jemaah.. Tapi xde ape yg mustahil.. ak penah redah lautan manusia ni, dapat sampai di Hijr Ismail, siap solat dalam tu. Alhamdulliah. :)
Masa bertawaf, kita diwajibkan mengangkat tangan sebaik memulakan tawaf, menjadikan Hajarulaswad di sebelah kiri (kita bertawaf mengikut lawan putaran jam), seperti dlm gmbr sambil menyebut,
" Bismillahi Allahu Akbar Wa Lilla Hil Hamd"
and drop your hands down. Now point the palms of your hands again towards Hajar-e-Aswad and kiss them. This act of kissing Hajar-e-Aswad or pointing towards it is called Istilam.
Untuk lebih info, sila study cara2 mengerjakan Ibadah tawaf.
|TIPS|
1. Bawa botol spray wudhuk. Tandas & tempat berwudhuk agak jauh.(terletak d perkarangan masjidil Haram - basement). Ni utk kes terbatal wudhuk shj.. If nk pee2, & yerk2, terpaksa lah lps kan hajat dlu, then sambung ibadah SEHINGGA YAKIN kluar dari ihram. (INGAT, byk komplikasi jika langgar pantang / tak kluar ihram)
2. Jika xde air, xpe.. bwk botol kosong pon boleh. Byk tong2 air zam2 disediakan di setiap pelusuk Masjidil Haram.
3. Bawa bekalan makanan - roti, kurma, biskut, kismis etc2 utk alas perut dlm Masjidil Haram. Bawa lebih, boleh share/sedekah dgn org sekeliling. kumpul pahala berlipat ganda di SINI!
4. Bawa wang saku lebih utk disedekahkn pd cleaner2 Masjidil Haram. Bagi senyap2 (cthnye ketika bersalam-bg lelaki utk elak dikerumuni/di'rompak'). Based on my observation since ak suke solat di dataran mataf, petugas2 lelaki shj berada di situ. (open / multi gender area mgkn). Kalo area tmpt solat khas wanita, boleh lah jumpa petugas2 wanita seperti di masjid Nabawi.
5. Pakai beg jerut dan sorok bawah telekung/tudung / letak di bahagian hadapan. (ade jemaah begnya ditoreh tanpa disedari.) Di masjidil Haram ada disediakan plastik di luar pintu masjid utk letak selipar.(selipar carry bersama di mana shj utk mengelakkan kehilangan dan berkaki ayam pulang ke hotel.)
6. Beli Al-Quran dr Kilang Al-Quran shj jika ingin sedekah utk Masjidil Haram. (boleh minta tlg Muttawif belikan. Lebih kurang MYR50 senaskah yg biasa/kecil). Jangan beli d pasar2. Al-Quran tersebut akan dikeluarkan dr masjid itu. - rugi plak kan xdpt pahala free, sbb xtau nasib Al-Quran itu diletakkan mana / pada siapa.)
7. Kat sini pon MakGuard spot check bag. Biasanya xde ape pon, tp kalo bwk Al-Quran bkn jenis yg dibenarkan akan dirampas serta merta - as ape yg ak nmpk la, or mgkn MakGuard xbg bwk masuk, suh tgl kt luar masjid dkt rak kasut (if byk - sbb die tau sure nk waqaf. Tp bwk senaskah utk bacaan sndiri xpe.)
8. Solat Subuh di sini sama mcm di Masjid Nabawi, TIADA DOA QUNUT dibacakan oleh imam semasa iktidal rakaat kedua. Jangan pelik ok. Doa Qunut tu sunat untuk dibaca. Tak baca tak menjadi kesalahan. If nak baca jugak, boleh baca doa qunut pendek seperti di bawah.
Ertinya: “Ya Allah, ampunkanlah aku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, dan rahmatilah aku wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.”
Apakah perlu untuk menadah tangan? Jawabnya tak perlu. Cukup sekadar membaca doa ini selepas kita membaca doa iktidal kita. Namun tak perlu bersambung. 'Pause'kan diantara keduanya bagi tujuan perbezaan diantara doa iktidal dan doa qunut.
Hukum baca doa Qunut : http://www.adibsite.com/2013/08/bacaan-doa-qunut-solat-subuh.html#ixzz3ysVgFhhe
Usai bertawaf sebanyak 7x, solat sunat 2 rakaat, sebaiknya di belakang makam nabi Ibrahim, kemudian berkumpul dan menuju ke arah kawasan sa'e (jgn risau sbb ade signboard, if berpecah dr group-buat 1st timer). Dekat bahagian bersa'e, Jabal Safa - Marwah, kitorg p tgkt bwh (original dan agak berbukit) utk merasai kisah Hajar yg berulang - alik d sini. Tapi keadaan jauh lebih moden yaa. Sebelum tiba di sini, fikiran ku, adalah keadaan bukit bukau yg hanya diselaputi tanah seperti keadaan dlm perjalanan ke Mekah di atas.. tapi..
*gambar google.* lampu hijau kawasan yg disunatkan berlari2 anak (bg lelaki) dan tmpt mustajab doa.
Facilities nye jauh lebih baik kan.. siap beraircond. penat sbb ulang alik jer.. in t0tal 7x ulang alik (450m x 7 = 3,150M). utk wheelchair turut diberi ruang khas agar tak mengganggu jalan/traffic jemaah yg tak menggunakan wheelchair. but you know kn, human still human.
Kami selesai bertahalul (keluar ihram) utk umrah pertama ni kira2 dlm pkl 2am. Mmg interesting. Walaupun penat tp sgt excited explore Masjidil Haram dan menjalankan rukun2 umrah.
masa ni ak demam. tapi masih dlm FASA LARAT berjalan lg. berposing sat di Safa. (tmpt mula sa'e.) Tapi masa ni ak & kakak just visit jer, bkn dlm ihram sbb tu boleh pakai sarung tgn. sejukkk - waktu malam ni. (INGAT!! cannot pakai glove mse ihram) AND, beg jerut letak cmtu k. senang capai brg & risiko ditoreh less. huhu~
|TIPS|
1. Persediaan awal dr Malaysia (tanah air) - Selalu bersenam dan practise berjalan kaki. Bina stamina.
2. Ikut arahan. Rujuk muttawif jika ada sebarang kemusykilan soal ibadah umrah dan lain2. Jangan pendam dan malu bertanya.(mostly for girls)
3. Jika tak larat, pihak Masjidil Haram ada sediakan wheelchair siap ada org utk bwkkan sekali. (utk ibadah tawaf pon ada) Mereka akan tggu di tepi2 dinding / sudut pilihan secara berjemaah, landing atas wheelchair lg, sambil perhatikan anda. Siapkan wang shj. tak silap SR 100 - satu wheelchair. yg best, tukang tolak akan ajar / turut sama melafazkan bacaan2 penting ketika ibadah. ok la kan.. pakej.huhu~
4. If xde bajet, bawa siap2 dr hotel (mcm Andalusia TT ade sediakan di hotel - FREE (wakaf dr jemaah2 lalu). Mohon group member tlg tolakkan kalo xde waris ikut same. Tapi biasanya, org luar berlumba2 nk tlg bwkkn. (based on my experience - ak kecundang di umrah ke 2 & 3. sobsob) and mohon dipulangkan semula. JGN TINGGAL MERATA! JGN LUPA LETAK MANA! - burn deposit cagaran. hiuhiu. and pls spare thought utk org lain gune. slalu wheelchair ni mmg 'hot' sampai xcukup pd mase2 tertntu.
5. Bawa tasbih kecil / digital (kiraan 7) utk elak confuse kiraan tawaf & sa'e. atau kira betul2, if agak2, buat lebih TAKPA! (INGAT! kalo xckup, XSAH kluar IHRAM!) Pengalaman ak, ak xbwk pon tasbih, but suddenly, ada jemaah dr Arab countries (im not sure where) hulurkan tasbih kecil pd ak & kakak. Mcm2 cara org buat amal kt sini. So, in future ak akan beringat laa to do d same things. ;) (& nasihat kepada bakal haji/hajjah, kumpul pahala scara xlgsg jomss!.)
6. Jangan ckp/minta bkn2. Serius dpt on d dot. If benda baik SGT2 recommended. (^^.)
7. Kurangkan minum air zamzam yg sejuk, utk elak sakit tekak & demam. (Tapi ak demam sbb tak tahan cuaca.)
Ok..penat dh kot menaip pjg lebar. hihu~ so ak belanja gambar k.
Pengalaman ak, ada satu hari tu ak & kakak nk ke Masjidlharam utk solat fardhu Zohor, tetibe PakGuard saja provok (ak rs laa) nk tgkp peniaga jalanan d sepanjang jalan menuju ke sana yg dimonopoli oleh wanita2 & anak2 Afrika-if xsilap. Dat woman siap berlakon keras jong yg xtahan, sambil kedua2 belah tgn seperti mengangkat takbir, elok duduk bersila siap terjatuh ke belakang. sekali pndg mcm patung. (boleh byg tak?huhu) funny tho but pity to her. Ak tak tgk sampai abes pon adegan tu.
di bawah mataf bertingkat. area ni tmpt mustajab doa. Alhamdulillah dpt peluang solat sini several times & selepas tawaf wida' :) Ni area solat fardhu bg jemaah lelaki shj. jemaah wanita akan dihalau secara kasar kalo ketegaq sgt.
kerusi untuk King of Saudi xsilap ak. diletakkan menghadap Multazam (penjuru mustajab doa).
Ni contoh penangan kalo lmbt masuk Masjidil Haram utk solat fardhu. ruang agak sempit di sini. mengajar erti #REDHA. XD
Masa ni kitorg SESAT. xjumpa pintu kluar.. tawaf abes satu Masjidil Haram. mengajar ak erti #TAWAKAL & #HIKMAH. XD
Tempat lawatan lain di Mekah (Ziarah Luar)
1. Jabal Thur
2. Jabal Rahmah yg terletak di padang Arafah. - tmpt plg mustajab doa hal kekeluargaan & jodoh.
Kitorg ikut jln underground. daki batu2an, instead tangga , bru thrill. huhu~
Puncak Jabal Rahmah. makbulkan doa kami, Ya Allah.
Group photo as kenang2an.
4. Jabal Nur - terletaknya Gua Hira'
5. Gua Hira' - ni itinerary mlm selepas lawatan ke Jabal Rahmah (siangnye). ak xpi sebab demam.. (T_T) P malam sbb xramai org sgt waktu tu, kakak cerita perjalanan ke sana dgn van mcm naik roller coaster (gila terer driver tu drift lereng2 bukit. erks) dan kakak naik half jer sbb #semputtt~ mak pulak cerite, dlu siap solat sunat 2 rakaat dlm tu. (murah betul rezeki mak, sempat ajer buat amal ibadat sunat itu ini, instead of us.)
How Gua Hira' looks a like..
This is my mom experience. Hope i will get this opportunity soon!
6. Ziarah masjid Janarah - solat sunat & bermiqat utk umrah bimbingan kedua.
umrah bimbingan kedua. Jenuh muttawif, ustaz Nana dok explain kemusyikilan berbangkit sebelum lakukan umrah sambil tggu jemaah yg p bersuci /berwudhu'.
7. Ziarah masjid Tanaim - solat sunat & bermiqat utk umrah bimbingan ketiga tp ak xde rezeki p, sbb demam xley bangun (d climate unwell day of my journey)
8. Visit Muzium Hudaibiyah dan bermiqat di masjid Hudaibiyah. - Ak grab this opportunity untuk bermiqat umrah ketiga utk ak even xlarat nk jalan. huhu~ Naseb baik kakak ade utk teman buat umrah tanpa bimbingan. Haa see. sure confident selepas several time buat umrah, InsyaAllah. :)
d Muzium Hudaibiyah. Sebelum bermiqat.
Kat Mekah, ak xshopping sgt. dgn demam & puas lahh melontar di Madinah aritu.. hee. Kat Mekah,barangan agak pricy, tp mcm aksesori, hiasan2 dinding kalimah Allah Muhammad, replika Kaabah, shawl etc2 murah2. (ada kedai mcm RM2 kt sna. tp yg tu if tak silap, all item SR4). Berada di Tanah Haram Mekah selama lebih kurang 6 hari (04/01/15-09/01/15) agak puas. Tp InsyaAllah, ak berharap sgt utk datang lg.
Sebelum tawaf wida', amik dlu gmbr kenangan di hotel yg tak ingat nama apa. hihuu~ Lps tawaf wida' (shj - tawaf2 lain boleh yaa. hihu), DILARANG amik gmbr, tido, membeli belah untuk di bawa balik ke Tanahair - souvenir (makanan utk di makan n abes dlm perjalanan xpe), etc2 (kena baca buku balik. huhu).
d gurls~
d trio havoc' siblings with muttawif. hehe~
|TIPS|
1. Banyakkan solat sunat, doa doa doa dan buat byk byk byk kebaikan. tmpt PALING MUSTAJAB di dunia utk umat Islam.
2. Jangan ketinggalan try ais krim Mekah - dikatakan kurang manis n lemak2. rs rare la. ermm.. tp ak xdan makan sbb demam.. huhu~
3. Jangan ketinggalan juga makan most popular fast food in Mecca - AL BAIK. ala2 KFC, TEXAS. - Nk tau tak, hehe. masa ak demam, mengidam sgt nk mkn d fast food, tp xlarat nk p beli & beratur bagai sbb mmg slalu penuh. Tanpa bgtau adek, die ttbe ckp teringin nk makan & die belikan masa balik solat Maghrib, a day before we all depart to KL. Do you read me bro? uhuhh~ *well kan dh ckp, ape yg terlintas, selalunya dapat!*
4. Beli shawls dgn wanita Afrika yg ak ckp td (or dgn kwn2 seangkatan die laa hehe) sbb murah, SR5 shj. di Madinah harga shawls dlm SR15 ke atas. pattern lain skit, material lebih kurang jer.
5. Sentiasa ready and keluar awal if nak tunaikan solat fardhu kt Masjidil Haram, kalo tak, seperti gmbr d atas. tu untung lg dok dlm masjid, several time jugak ak solat fardhu kt dataran (not really good hygiene). Pintu akan ditutup atau disekat lebih kurang 1 jam before Azan. Tapi adek ak ade ajar nama pintu apa ak tak ingat. Tips: cari pintu di bhgn belah kanan pintu King Fahd, (dr pintu King Fahd, jln jer di sepanjang wall sehingga berjumpa escalator/ another washroom berhampiran). Agak jauh dan kena naik escalator. Area solat d situ sgt2 selesa. - ilmu hari terakhir di Mekah. tqs la adek oi.
6. Study plan Masjidil Haram - kalo reti la.. biasanya if mcm ak, p sana dulu, bru fhm instead of study. hehe. bawa buku untuk rujukan, tp masa tu mmg xterfikir lgsg nk tgk buku ke ape ke.
7. Penting.! Bagi jemaah wanita, jika ingin bermiqat (khas utk Umrah tanpa bimbingan), pergi bermiqat dgn mahram atau ditemani kwn2 laki secara berkumpulan. Jangan pegi sorg2, naik teksi / kereta sapu. Bahaya! Rujuk Muttawif.
-will be update soon if any.:)-
Last but not least.. The overall budget i spend off to both country, Medina + Mecca moreless MYR 7000++
Included : Package fees + UMRAH Injection + Food & Beverage + Souvenirs + Miscellaneous.
Hope coretan yg ak karang seharian suntuk ini, sedikit sebanyak dpt menjadi panduan utk semua. ANDDD semoga kita dapat menjejaki kaki ke sana lagi, lagi dan lagi. AMIN.
UMRAH & HAJI yang MABRUR. InsyaAllah.